Blogger Layouts




click to create your own










Monday 30 April 2012


Sebenarnya kepada siapa kita harus mencinta?
kepada siapa kita mesti merindu?
Mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya..
Adakah kepada kekasih hati?
Atau kepada si dia yang sentiasa diingati?
Oh! Bukan, bukan..
Cinta dan rindu sewajarnya
diserahkan kepada Allah.
Ini bukanlah sesuatu yang janggal justeru
sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya
mencintai dan merindui Allah.

Tuesday 3 April 2012

SETIA

SETIA.. KESETIAAN.. KU SETIA..

Sesuatu itu tidak sesekali dan tidak akan berakhir selagi ''SETIA'' itu bertakhta dalam Hati..

~> Setia terhadap Cinta pada Tuhannya..
~> Setia terhadap Cinta pada Rasulnya..
~> Setia terhadap Cinta pada Ibubapanya..
~> Setia terhadap Cinta pada Suaminya..
~> Setia terhadap Cinta pada Sahabatnya

Dedicated for someone...

Thursday 29 March 2012

MENGHADAPI TEKANAN


Bagaimana Islam Mengajar Apabila Menghadapi Tekanan?


KEIMANAN : Kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardhu dan sunat yang lain. Pasakkan dalam diri dan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hambaNYA yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.

TADABBUR : Benar, kita tidak ada daya untuk melihat Allah,tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa penyayangnya Allah apabila makhluk didalam batu juga boleh hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuan dariNYA.

ZIKIR : Allah subhanallahu wata'ala berfirman yang bermaksud " (iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. ketahuilah dengan Zikrullah hati menjadi tenang" (Surah ar-Ra'd 13:28)

BERIMAGINASI : Bayangkan syurga yang cukup indah. Tiada sedih ataupun buruk sangka. Dpenuhi dengan kebun buah-buahan, sungai susu yang mengalir. Semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan, layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana kita ke sana? Bagaimana kita harus ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.

DOA : Beza diantara orang mukmin dengan yang lain ialah senjata mereka iaitu doa. Doa penguat hubungan diantara manusia dengan Allah. Allah berfirman " Dan Tuhan kamu berfirman, (Berdoalah kepadaku nescaya Aku akan memperkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya golongan yang sombong dan takburdaripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk ke neraka jahanam dalam keadaan hina" (Surah al-Mu;min 40:60)


ADIK MOHD AMAR AMIRUL AMIN BIN MAT ZIN

Adik Amar telah mewakili negeri Sabah untuk dalam Pertandingan Tilawah AlQuran (MTAQ) Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang bertempat di Negeri Sembilan tahun lepas dan berjaya mendapat tempat yang keempat dalam acara tersebut. Tahniah Amar...


Wednesday 28 March 2012

KELAS BAHASA ARAB


Kelas Bahasa Arab KSSR Tahun 2 Dinamik
Tajuk : جسمي القوي 
Adik Tew Hong Jun

RELIEF


Kelas Relief Tahun Satu Progresif..
Bersama Adik Noor Syahidatu Adawia Binti Mohazifis Adik kepada Allahyarham Adik Mohd Khairul Engku Ezuan Bin Mohazifis

JAMBATAN KEHIDUPAN

 
♥ Lima Jambatan keHidupan ♥ 
Jambatan terpendek adalah: PUTUS ASA
 Jambatan terpanjang adalah: PENGHARAPAN
Jambatan terkuat adalah: IMAN
Jambatan termahal adalah: PENGORBANAN
Jambatan terindah adalah: KASIH SAYANG