Blogger Layouts




click to create your own










Thursday 29 March 2012

MENGHADAPI TEKANAN


Bagaimana Islam Mengajar Apabila Menghadapi Tekanan?


KEIMANAN : Kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardhu dan sunat yang lain. Pasakkan dalam diri dan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hambaNYA yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.

TADABBUR : Benar, kita tidak ada daya untuk melihat Allah,tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa penyayangnya Allah apabila makhluk didalam batu juga boleh hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuan dariNYA.

ZIKIR : Allah subhanallahu wata'ala berfirman yang bermaksud " (iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. ketahuilah dengan Zikrullah hati menjadi tenang" (Surah ar-Ra'd 13:28)

BERIMAGINASI : Bayangkan syurga yang cukup indah. Tiada sedih ataupun buruk sangka. Dpenuhi dengan kebun buah-buahan, sungai susu yang mengalir. Semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan, layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana kita ke sana? Bagaimana kita harus ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.

DOA : Beza diantara orang mukmin dengan yang lain ialah senjata mereka iaitu doa. Doa penguat hubungan diantara manusia dengan Allah. Allah berfirman " Dan Tuhan kamu berfirman, (Berdoalah kepadaku nescaya Aku akan memperkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya golongan yang sombong dan takburdaripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk ke neraka jahanam dalam keadaan hina" (Surah al-Mu;min 40:60)


No comments:

Post a Comment